Wednesday, September 24, 2008

Tuesday, September 23, 2008

Thursday, September 18, 2008

Ketua Umum Parti Kencing Rakyat

berkali-kali sudah beliau menipu namun para penyokng beliau yang taksub tetap menaruh harapan yang cukup tinggi kepadanya untuk menjadi pemimpin harapan yang mampu membawa rakyat keluar dari masalah kesempitan hidup...tetapi itulah keistimewaan beliau, cukup hebat memainkan sentimen serta perasaan rakyat untuk terus menyokong beliau dengan memutar belitkan segala-segalanya..beliau kini lebih di kenali sebagi kaki kelentong..dan kaki bohong..kepada penyokong-penyokong yg taksub kembalilah ke landasan yang sebenar..sokongan anda semua pasti membawa rebah..

komen kancil: siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama-lama kena maki

Tuesday, September 16, 2008

Hampeh!! Musnah Sudah Impianku

16 september telah berlalu...apa yang di war-warkan tidak menjadi kenyataan...KERAjaan baru gagal di bentuk, segala apa yang di gambarkan atau di hebohkan selama hari ini hanyalah omongan kosong ketua pembangkang..

sungguh terasa akan kerugian berkenaan dengan janji ketua pembangkang tersebut..
alangkah baiknya jika rancangan yang di impikan oleh ketua pembangkang menjadi kenyataan..

bayangkan jika ini menjadi kenyataan, pekara-pekara di bawah pasti menjadi hadiah hari raya pada rakyat jelata :

  1. sebagai permulaan harga minyak pasti turun kepada RM2 untuk seliter petrol
  2. ibu-ibu tunggal akan mendapat duit raya sebanyak rm 1000 seorang
  3. harga-harga barang keperluan akan turun serta-merta
  4. bursa saham akan melonjal dan ekonomi negara akan meningkat serta merta
  5. pemimpin-pemimpin HINDRAF serta TERESSA KOK akan di bebaskan dari tahanan ISA
  6. DAP akan memberikan bonus sebanyak rm 6000 seorang pada hujung tahun ini
  7. mulai tahun hadapan rakyat selangor akan mendapat cuti sebanyak 2 hari( 16 sept + nuzul quran)

selebihnya pasti akan di bincangkan kemudian, kerana PM yang baru pasti sibuk mengira keuntungan petronas untuk di agihkan kepada semua rakyat jelata..

komen kancil : kesian kepada kaki tangan petronas..penat bekerja untuk memberi lebih keutungan kepada pemerintah baru..

Monday, September 15, 2008

KERA-jaan Baru PKR





gambar-gambar ini kancil ambil dari blog GAP...seperti yang di nyatakan oleh GAP..peralihan kuasa tidak akan belaku cuma Pakatan Rakyat akan bertukar menjadi KERAjaan saja...malang sungguh nasib Ketua Pembangkang ini..cita-cita beliau ingin menyumpah ahli-ahli parlimen BN menjadi KATAK tidak kesampaian, sebaliknya ahli-ahli parlimen pakatan rakyat yang termakan sumpah bertukar menjadi KERA...


















Sunday, September 14, 2008

916 :Hanyalah Angan-Angan Kosong DSAI

tinggal sehari saja lagi tarikh 16 Sept 2008..seperti yang di war-warkan oleh ketua pembangkang ketika itu beliau akan menjadi PM seterusnya memimpin Pakatan Rakyat menguasai kerajaan rakyat...sehingga semalam kita masih belum mendengar khabar berita berapa jumlah ahli parlimen dari BN yang akan melompat ke Pakatan Rakyat..walaupun sebelum ini di gembar-gemburkan sejumlah 30 orang ahli parlimen bersedia untuk meninggalkan BN..rupanya apa yang di perkatakan oleh ketua pembangkang tersebut hanyalah satu gimik politiknya bagi menyakinkan para penyokong serta parti-parti sekutu beliau sahaja..


apa yang boleh kancil komen, jika benar jumlah ahli parlimen yang akan berpaling tadah sudah mencukupi, mengapa perlu PKR menghantar 5 orang wakilnya ke Taiwan untuk melaksanakan misi memujuk ahli-ahli parlimen BN serta menyumpah mereka semua ini menjadi sejumlah katak bagi memenuhi impian membina sebuah KERAjaan yang berlompat-lompat di dalam Dewan Rakyat nanti...
komen kancil :tak sangka ahli-ahli parlimen BN juga mahu di kejar walaupun pelbagai tuduhan di lemparkan mengenai moral ahli parlimen BN